BAB 2: PENGENALAN KEPADA BAHASA C++
2.1 Pengenalan:
§ Bahasa C++ memudahkan pendekatan berstruktur dan berdisiplin pada rekaan program komputer.
§ C++ adalah bahasa mudah alih dan terdapat pelbagai jenis pengkompil C++ yang telah dibangunkan.
§ C++ boleh dianggap satu bahasa berorientasikan objek yang boleh menjadi alternatif kepada bahasa SmallTalk.
2.2 Aturcara pertama:
// Contoh aturcara pertama:
#include <iostream.h>
Int //Jenis pulangan dari fungsi main
Main( )
{
cout<<“Mari mengaturcara dalam C++”<<endl;
cout<<“************************”<<endl;
return 0; // pulangkan nilai int menandakan kejayaan larian aturcara
}
Analisa:
#include<iostream.h>
Pengepala ini ialah fail I/O bagi C++
cout<<“Mari mengaturcara dalam C++”<<endl;
Baris ini mencetak rentetan antara “ dan “ ke skrin. Katakunci endl digunakan untuk mengakhirkan cetakan dengan baris baru.
cout<<“******************************”<<endl;
Sama seperti di atas.
return 0;
Biasanya nilai sifar akan dipulangkan kepada sistem bagi menandakan bahawa aturcara ini telah berjaya dilaksana.
Contoh aturcara kedua:
//Program ini akan menambah dua nombor
#include <iostream.h>
Int main()
{
int interger1, interger2, sum;
cout<<“Enter first integer\n”;
cin>>interger1;
cout<<“Enter second integer\n”;
cin>>integer2;
sum = integer1 + integer2;
cout<<“Sum is”<< sum <<endl;
return 0;
}
Analisa:
2.3 Input dan output:
§ Input dan output merupakan set jenis dan rutin yang terdapat di dalam perpustakaan piawai.
§ Perpustakaan piawai C++ bagi I/O ialah <iostream.h>
§ << //aliran output dianjak ke kiri
§ >> //aliran input dianjak ke kanan
§ Tiga aliran piawai bagi input dan output adalah:
§ cout //piawai keluaran
§ cin //piawai input
§ cerr //piawai ralat
Contoh:
cout << “Taipkan satu nilai perpuluhan:”;
cin >> x;
cout << “Taipkan satu nombor integer positif:”;
cin >> I;
if (i<1)
cerr <<”ralat i=”<< i <<endl;
cout <<”i * x”<< i *x;
2.4 Jenis Data
§ Bahasa C++ menyediakan pelbagai jenis data untuk digunakan dalam aturcara.
§ Selain itu, ia juga mempunyai jenis data terbitan seperti jenis tatasusunan, penunding dan struktur iaitu jenis data yang menghimpunkan jenis data mudah.
2.41 Jenis Data Mudah
§ Jenis data mudah dalam C++ ialah double int dan char.
§ Jenis ini bergantung kepada rekabentuk mesin di mana pengkompil C++ dilarikan
§ Jenis data membezakan cara atau saiz data disimpan di dalam ingatan.
§ Jenis data ini penting untuk membolehkan komputer mengenal pasti jenis data dan dapat melaksanakan pengendalian ke atasnya.
§ Jenis-jenis data C++ adalah seperti:
2.42 Jenis Data
2.421 Pengawalan dan pengisytiharan pembolehubah
§ Sel ingatan untuk menyimpan data input aturcara dan hasil pengkomputannya dipanggil pembolehubah
Contoh:
double batu=2.0 //isytihar dan diawalkan jarak dalam batu
double kms // isytihar output jarak dalam kilometer
kms = batu * 1.2
2.422 Jenis data piawai
§ Data diwakilkan dalam ingatan oleh jujukan bit.
§ Jujukan 8 bit disusun menjadi 1 bait
§ Bit dalam bait ini ditafsirkan agak berbeza bagi interger dan nombor titik apung.
§ Integer dianggap integral
§ Nombor titik apung dianggap bahagian eksponen dan pecahan
§ Terdapat 4 jenis data integral:
§ Terdapat 2 jenis nombor titik apung:
2.5 Pemboleh Ubah
Terdapat 4 jenis pemboleh ubah yang digunakan dalam bahasa C++:
2.51 Pemboleh Ubah Tempatan
§ Pemboleh ubah tempatan merupakan privacy kepada definisi fingsi.
§ Setiap fungsi mempunyai pemboleh ubahnya yang tersendiri dan boleh diubah tanpa mempengaruhi pemboleh ubah yang mempunyai nama yang sama di dalam fungsi yang lain.
§ Untuk mengisytiharkan pemboleh ubah tempatan, letakkan pengisytiharan di dalam definisi fungsi.
Contoh:
#include <math.h>
…
double Pythagoras (double a, double b)
{
…
}
2.52 Pemboleh Ubah Global
§ Pemboleh ubah global mempunnyai skop dan jangka hayat yang menambahi ke seluruh fail.
§ Pemboleh ubah global membolehkan fungsi-fungsi untuk berkomunikasi dengan berkongsi maklumat.
§ Untuk mengisytiharkan pemboleh ubah global, takrifkan ia di luar ke semua fungsi.
Contoh:
#include <iostream.h>
#include <math.h>
void pythagoras (void);
void setvars (void);
double a,b,c;
void main( )
{
setvars( );
pythagoras( );
cout << “The hypotenus is “<<c;
}
void pythagoras (void)
{
c=sqrt (a*a+b*b)
}
void setvars(void)
{
…
}
2.53 Pemboleh Ubah Statik
§ Pemboleh ubah statik menggabungkan kebolehlihatan pemboleh ubah tempatan dengan pemboleh ubah global.
§ Ini berguna apabila kita mahukan pemboleh ubah tempatan yang mengekalkan nilainya di antara pangilan fungsi.
§
Contoh:
void print_vars (int i, int j, int k)
{
static int count=0;
cout << “The value is”<<i;
cout <<”The value is”<<j;
cout <<”The value is”<<k;
count = count +1;
cout <<”I’ve been called”<<count<<”time(s)”;
}
2.54 Pemboleh Ubah Luaran
§ Apabila program membesar dari segi saiz, biasanya ia akan dibahagikan kepada beberapa modul, dikompilkan dan menyambungkan modul-modul tersebut.
§ Setiap fungsi boleh dilihat secara otomatik pada semua modul kecuali kita mengisytiharkannya sebagai “static”
§ Pemboleh ubah hanya boleh dilihat di dalam modul di mana ia diisytiharkan kecuali kita membuatnya sebagai pemboleh ubah luaran.
§ Untuk mengisytiharkan pemboleh ubah luaran,
§ Isytiharkan pemboleh ubah sebagai global di dalam satu modul.
§ Setiap modul yang mahu menggunakan pemboleh ubah ini, perlu memasukkan “extern” dalam pengisytiharan.
§ Kita boleh juga memasukkan ke semua pemboleh ubah luaran ini ke dalam satu fail pengepala yang kemudiannya di masukkan ke dalam setiap projek yang menggunakan pemboleh ubah tersebut.
2.6 Konsep Memori
§ Pemboleh ubah membalaskait dengan tempat memori komputer.
§ Setiap pemboleh ubah adanama, jenis, saiz dan nilai.
§ Apabila pernyataan ini dilaksanakan,
cin >> integer1;
karakter yang ditaip oleh pengguna diterjemahkan kepada integer yang ditempatkan di dalam lokasi memori yang bernama integer1 seperti yang telah diberikan oleh pengkompil.
§ Apabila satu nilai ditempatkan di dalam lokasi memori, nilai lama akan digantikan dengan nilai yang baru dan nilai yang lama akan hilang.
Contoh:
2.7 Operasi dan Pengendali
§ Operasi dalam C++ sama dengan operasi dalam matemastik (*/+-).
§ Nilai diberikan di sebelah kiri:
Contoh;
x = y + z
2.71 Pengendali Aritmetik
§ Pengendali di dalam ungkapan di antara “parentheses”( ) mestilah dinilai dahulu mengikut peraturan pendahuluan pengendali aritmetik.
2.72 Pengendali Umpukan
§ Pengendali umpukan boleh memendekkan operasi
§ Pengendali umpukan aritmetik adalah seperti yang berikut:
Contoh:
#include <iostream.h>
int main ()
{
int nombor;
nombor = 2;
cout << “nombor atau nilai yang dimasukkan ialah”;
cout << nombor <<endl;
nombor + = 8;
cout <<’Nombor atau nilai yang dimasukkan ialah”;
cout << nombor <<endl;
return 0;
}
Keputusan:
2.73 Pengendali ++ dan --
Contoh pengendali ++ (tokokan) dan pengendali --(susutan)
x ++ sama dengan x = x+1;
y – sama dengan y = y-1;
Hasil yang diperolehi hanya akan dilihat selepas pernyataan tersebut diproses.
Contoh:
int x,y;
x = 1;
y = 0;
cout << “nilai x =”<<x;
cout <<”nilai y =” <<y;
cout <<”nilai x=”<<x++;
cout<<”nilai y=”<<y--;
cout<<”nilai x=”<<x++;
cout<<”nilai y=”<<y--;
Output:
? Bagaimana dengan ++x dan --y?
2.74 Pengendali Persamaan, Hubungan dan Logik
C++ menyediakan beberapa pengendali yang boleh digunakan untuk membuat perbandingan.
2.75 Pengendali Lain
§ Sizeof : digunakan untuk mengetahui nilai saiz ingatan yang digunakan untuk menyimpan sesuatu operan.
§ Pengendali bersyarat (?): sejenis pengendali tetiga. Ia mengambil 3 operan.
§ Operan 1: syarat
§ Operan 2:nilai yang diambil jika syarat adalah BENAR.
§ Operan 3:nilai yang diambil jikan syarat adalah PALSU.
Contoh:
x = ((a>b) ? c:d);
2.8 Ringkasan
§ Aturcara C++ terdiri dari fungsi-fungsi dan salah satu fungsinya ialah main( )
§ Setiap baris dalam aturcara C++ diakhiri dengan semikolon ‘;’
§ Komen tidak akan dikompilkan.
§ Fail pengepala <iostrea.h> perlu dimasukkan jika aturcara menggunakan pernyataan cin dan cout.
§ Terdapat beberapa jenis data berangka piawai yang boleh digunakan dalam bahasa C++ iaitu integer, double dan char.
§ Penilaian sesuatu pernyataan aritmetik dibuat mengikut keutamaan pengendali.
§ Selain pengendali aritmetik, bahasa C++ juga membenarkan penggunaan pengendali hubungan, persamaan, umpukan dan logik.
§ Terdapat 4 jenis data pembolehubah yang digunakan di dalam bahasa C++ iaitu pemboleh ubah tempatan, global, statik dan luaran.
§ Penggunaan jenis pemboleh ubah ini bergantung kepada cara pemboleh ubah itu mahu dimanipulasikan.
0 komentar:
Posting Komentar